Saturday, February 7, 2009

ni lg info dr BH ehheehhe

Satu penyelidikan baru tampil menyokong pandangan lelaki sejak zaman dulu bahawa fikiran wanita sukar dibaca dan cara mereka kekal misteri sehingga kini.

Penyelidik di Universiti Indiana menunjukkan klip video daripada 24 dating (pasangan berpacaran) berbeza dan bertanya kepada peserta lelaki dan wanita dua soalan mudah: "Adakah anda fikir lelaki (dalam video) itu berminat dengan wanita ini?" dan "Adakah anda rasa wanita itu tertarik kepada lelaki ini?"

Jawapan mereka kemudian dibandingkan dengan reaksi golongan yang membuat dating itu sendiri, menurut majalah Live Science.

Hasilnya, yang disiarkan dalam isu Januari jurnal Psychological Science, menunjukkan lelaki dan wanita boleh mengukur minat seseorang lelaki kepada wanita tetapi tertanya-tanya apabila tiba untuk memastikan jika seseorang wanita berminat kepada lelaki.

Malah, lambungan syiling hampir setepat dalam meramalkan minat romantik wanita pada satu dating. Skyler Place, yang mengetuai kajian, berkata dorongan biologi di sebalik dating - mencari teman optimum bagi promosi gen memberikan alasan kepada wanita untuk mengelak.

"Malu memaksa lelaki memperuntukkan lebih masa berbual dengan wanita, kerana mereka tidak pasti sama ada berjaya memikatnya. Lagipun, wanita memerlukan banyak masa mengumpul maklumat mengenai temannya," kata Place.

No comments:

Post a Comment

hey there..
U r welcomed to this blog and pleased to leave comments
but kindly please follow the humanity stigma..
nway thnx a lot for your co operations guys.. (^_^)