ni brite yg aku bce kt BH r...
Keputusan Kerajaan Kyrgystan untuk mengarahkan penutupan pangkalan Amerika Syarikat (AS) yang menjadi laluan penting bagi penghantaran bekalan ke Afghanistan adalah muktamad.
Pangkalan tentera AS di Manas yang digunakan tentera bersekutu untuk menyokong puluhan ribu anggota di negara jirannya, Afghanistan, dianggap penting dan reaksi AS mengenai penutupannya adalah negatif.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menyifatkan keputusan itu sebagai 'sesuatu yang dikesali', tapi menegaskan operasi AS di rantau berkenaan akan terus berkesan, tidak kira apa yang berlaku.
angkalan di Manas, yang dikendalikan 1,000 anggota, termasuk kontinjen kecil Sepanyol dan Perancis, dibuka bagi menyokong tentera bersekutu yang bertempur bagi menjatuhkan rejim Taliban di Afghanistan selepas serangan 11 September 2001.
Penutupan pangkalan itu akan menjejaskan saluran perbekalan AS pada ketika Presiden Barack Obama sedang membuat persediaan menggandakan 36,000 anggota di negara berkenaan.
Penutupan itu diumumkan Selasa lalu, selepas Kremlin mengumumkan bantuan berjumlah AS$330 juta (RM1.15 bilion) dan pinjaman bernilai AS$2 bilion (RM7 bilion) bagi negara miskin di Asia Tengah itu. Kyrgyzstan menafikan keputusan menutup pangkalan itu ada kaitan dengan pinjaman dari Moscow.
Perdana Menteri Kyrgystan, Igor Chudanov melahirkan kekecewaan bahawa 'perjanjian yang ditandatangani selama setahun kini sudah menjadi lapan tahun'.
Sejak itu, 'dunia sudah berubah. Situasi dalaman di Afghanistan juga sudah berubah," beliau memberitahu Parlimen. "Keadaan juga sudah berubah di Kyrgyzstan."
isy3... korg banyangkan la..
perjanjian yg ptt ny setahun, cmne bley jd 8thn...
bley bayangkan x btapa US byk gne taktik kotor yg konon nya
diorg lbey bertamadun dr kita..
jumud pkrn dan gaya idup diorg nih
kte plak yg slalu ttp mata+pkk kn tlinga lg la sadis kn...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
hey there..
U r welcomed to this blog and pleased to leave comments
but kindly please follow the humanity stigma..
nway thnx a lot for your co operations guys.. (^_^)