Friday, February 6, 2009

Kempen boikot produk rugikan rakyat tempatan...

pe pndpt korg psl article ni agk ny ek...
ni dr skop syrkt 2 sndri r..
cnth kt cni aku bg NESTLE..

tp pe plak dr skop pndgn+pndpt+pegangan kte sbg individu islam yg berhak bersuara@tros menikus dan ttp mata shj tnpa bertindak???

NESTLE (Malaysia) Bhd berkata, sebarang langkah memboikot barangan pengguna keluaran syarikat multinasional sepertinya tidak akan memenuhi apa-apa tujuan sebaliknya akan memberi kesan kepada penduduk tempatan.

Dalam kenyataannya semalam, syarikat itu berkata, sebagai peneraju industri makanan di Malaysia yang telah beroperasi sejak 97 tahun lalu di negara ini, ia telah bekerjasama erat dengan kerajaan, rakan perniagaan dan rakyat negara ini demi memastikan operasinya di Malaysia terus memberikan nilai kepada rakyat Malaysia.

Jelasnya, syarikat itu sentiasa berinovasi dalam pengeluaran makanan, dan bangga menjadi pengeksport barangan buatan tempatan halal ke lebih 50 pasaran antarabangsa.

Selain itu, katanya, syarikat itu bukan hanya menggajikan kira-kira 4,000 kakitangan di negara ini, malah menerusi rangkaian pengedaran bekalannya, ia turut menyediakan pekerjaan bagi masyarakat tempatan.

“Justeru, sebarang kempen memboikot barangan pengguna keluaran syarikat multinasional seperti kami adalah tidak wajar kerana ia tidak akan mencapai sebarang tujuan, sebaliknya akan memberikan kesan kepada ekonomi tempatan dan rakyat negara ini,” katanya.

Nestlé Malaysia dalam kenyataannya itu menjelaskan, ia adalah sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan 24 peratus sahamnya dimiliki pemegang saham tempatan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji.

Secara global pula, katanya, Nestlé yang berpangkalan di Switzerland menggaji lebih 30,000 kakitangan di 472 kilang di negara Islam di seluruh dunia.

“Dengan pelaburan lebih daripada CHF5.8 bilion (RM17 bilion) pada 2007, Nestlé menyumbang secara ketara terhadap kemajuan dan kesejahteraan penduduk di negara berkenaan,” katanya.

fikir2 kn la wahai sahabat2 ku sekalian...
begitu lemah ke kite sbg umat Muhammad s.a.w+hamba Allah yang beragama ISLAM untuk bgn dr kemunduran dr segala hal spt pemikiran sekali pun..
MASYAALLAH...

No comments:

Post a Comment

hey there..
U r welcomed to this blog and pleased to leave comments
but kindly please follow the humanity stigma..
nway thnx a lot for your co operations guys.. (^_^)