Friday, February 6, 2009
Gerhana bulan penumbra Isnin ini
Orang ramai di seluruh negara berpeluang menyaksikan gerhana bulan
penumbra (separa) Isnin ini selama empat jam bermula 8.39 malam (09 FEB 2009). Agensi
Angkasa Negara (Angkasa), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan gerhana itu mudah dilihat dengan
mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra Bumi semasa
fasa maksimum. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada
masa yang sama bulan melintasi bayang Bumi. Gerhana ini akan bermula dengan fasa satu
(penumbra) pada 8.39 malam waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula akan berlaku pada
10.38 malam dengan bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (fasa empat)
pada 12.38 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
hey there..
U r welcomed to this blog and pleased to leave comments
but kindly please follow the humanity stigma..
nway thnx a lot for your co operations guys.. (^_^)