Friday, February 27, 2009

kueh kueh spe nk wat kueh...


keria KENTANG bkn gle2 kentang ahahahahah

BAHAN-BAHAN:

100 gm ubi kentang

1/2 sudu kecil marjerin

130 gm tepung gandum

150 gm gula

Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebuskan ubi kentang bersama garam sehingga empuk dan lecek ketika masih panas.

2. Kemudian gaulkan bersama marjerin dan tepung gandum sehingga sebati.

3. Ambil doh dan bentukkan bulat seperti donut.

4. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan.

5. Goreng sehingga kuning keemasan dan ketepikan.

6. Selepas itu, masakkan gula bersama sedikit air hingga cair dan pekat.

7. Kemudian masukkan semua kuih yang digoreng tadi dan gaul sehingga semua kuih disaluti air gula.

8. Angkat dan hidangkan.

cayalah...
korg bley try wat sndrik
bhn2 mmg sng dpt...
dapur gas ada kt uma korg kn..
hah try r wat eheheheh

sonang ajo...

kali nih...

kali nih aku nk citer psl msk plak eheheeh

enjoy...

bergedel DAGING


slalu kn kte mntk bergedel time mkn soto atau mknn sup r slalu nya
sdp kn? tp cmne ke nk wat sndri coz klu nk bli satu je dah brp sen@hengget da...
tp saiz nye kck je pon kn
jom tgk....

jgn tengok je, try r skali ye...

BAHAN-BAHAN:

300 gm kentang

80 gm daging kisar

1/4 sudu kecil lada sulah

1/2 sudu kecil serbuk buah pala

1/4 sudu kecil jintan putih

1/4 sudu kecil jintan manis

Setangkai daun saderi (hiris)

Garam secukup rasa

1 1/2 cawan minyak


BAHAN PENCELUP:

2 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1) Kentang direbus hingga masak. Biark sejuk dan kupas kulitnya.

Lenyek hingga halus.

2) Campurkan pula kentang, daging, bahan-bahan rempah, daun saderi dan

garam ke dalam bekas. Gaul rata.

3) Sementara itu panaskan minyak dalam kuali.

4) Bulat-bulatkan dan leperkan kentang, celup dalam telur dan goreng hingga masak.

ketam ketam ketam....lme nye xmkn ketam


cni ada 1 resepi yg aku xpnh try lg...
nme nye ketam masak lada hitam..
slalu gne lada merah@lada kering kisar je kn
tp kt cni ada innovation sket dr segi bahan dan rasa..
korg try r..klu rjn nti gtau aku pe rse nye huhuhuhu

klu sdp aku nk try gk ahahah
jom tgk cmne nk wat.....

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ketam

2 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

40 gm halia

1 tangkai cili merah

50 gm sos lada hitam

2 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat

1 biji telur

1 sudu lada hitam (tumbuk)

1 sudu kecil minyak bijan


CARA MENYEDIAKAN:

1) Rebuskan ketam dan ketepikan.

2) Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili yang

dihiris halus.

3) Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam.

Kacau rata.

4) Masukkan ketam, minyak bijan dan minyak bawang putih.

5) Masukkan garam secukup rasa dan telur yang telah dipukul. Gaul rata dan biarkan

mereneh.


hmmmm cm sedap je kn

tp kt cni ada 1 nsht dr aku heheeh

klu nk msk ketam jgn goreng coz nti isi die kecut@jd sket plak

so klu nk msk mknn laut yg bercangkerang better jgn goreng especially ketam+udang..

mnyk bijan tuh utk tmbh rse+bg kelainan bau bg mskn...

tp mnyk bijan tuh jgn la korang tuang bnyk2 plak

ckup la 1 sudu kck ke pe...

utk rse je hehehehe


daaa....

pe nih???

ni ada 1 resepi simple kot utk spe2 yg trase nk try.. nme mskn nih "KHENG SOM" haahah
nme die cm suspicious je kn tp xpe still HALAL..
ni aku jmp kt tenet tp aftr di analisis aku rse lbey kurang cm singgang je pon
tp aku rse still rmai je yg xtaw pe tuh singgang kn...
biasa ny org trengganu ada mknn ni tp kt tmpt aku rami org pntai timur so aku lbey dkt dgn mknn pantai timur...
die lbey kurang cm ikan rebus la tp aku rse r klu ikan rebus cm xde rse je coz cm air dgn ikan je kn huhuhuh
xtaw la..
urm kt cni aku ade bg skali dgn bahan2+cara nk wat...

slmt mencuba..

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan kembung

2 labu bawang besar (hiris)

2 batang serai (ketuk)

2 sudu besar serbuk kunyit

3 biji limau nipis

Sedikit garam

Sedikit gula


CARA MENYEDIAKAN:

1.Bersihkan ikan dan rebuskan bersama kesemua bahan-bahan.

2.Tambahkan gula dan garam secukup rasa.

3.Akhir sekali, masukkan perahan limau nipis. Sedap jika kuahnya rasa agak masam.


p:s/ resepi ni cm biasa r bley je wat ikut citarasa sndri

klu ske pedas2 letak la cili byk sket bru kaw..

ps2 klu xnk gne limau nipis (coz certain org yg gastrik@ada pnykt dlm perut xbley)

korg bley ltk air asam jawa@asam keping...

sama gk rse..

tp beware klu byk sgt asam jawa nti kuah nya jd pahit plak!!!

uhuhuuhuhu

pape pn slmt mencuba ya

klu aku ada ksmptn lg, nti aku kongsi lg mskn yg cm best heeheh


byk je resepi turun temurun nk kongsi dgn korg tp mse plak xbrp mengizinkan lately huhhuuu


chow..



Thursday, February 12, 2009

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

aku tgh pk nk msukkn pe lg kt blog aku nih..
korg ada pape idea atau topik yg cm best x??
klu aku rjn nti aku crik mklmt then papar kn kt blog aku
nti kte bleh share sme2..
huhuuhuhuh

peace!!!....

Formula lme dan bkn lg terkini tp ramai xtau...

formula ni di "derive' kn dr dua huruf iaitu W dan M yg akn menghasilkan WM
so we can compute that W + M = WM

wahhh pebende plak WM tuh..
penin2...
xpnh dgr pown....

cmni sbenarnya...

W = W A N I T A
manakala M = M A R U A H

WANITA MARUAH = WANITA BERMARUAH

Makna maruah
Dalam bahasa Arab, mar'atun ertinya perempuan. Daripada segi ini, hubungan kaum perempuan dengan maruah itu jauh lebih akrab berbanding kaum lelaki. Barangkali, kita boleh membuat kesimpulan awal bahawa maruah sesuatu bangsa atau maruah agama itu terletak kepada maruah kaum wanita bagi sesuatu bangsa dan agama itu.

Misalnya, jika wanita Melayu itu rosak, maka rosaklah maruah Melayu. Atau, jika wanita muslimah itu rosak, maka maruah seluruh umat Islam itu pun tercalarlah sudah. Namun, haruslah diingat juga bahawa..jika wanita bagi sesuatu bangsa itu sudah rosak, maka kaum lelaki bagi sesuatu bangsa itu mestilah segera bertanggungjawab dan memainkan peranannya!

Ini kerana.. ada banyak kejadian yang menunjukkan bahawa kaum lelaki itu jugalah yang telah menyebabkan kaum wanitanya telah tergadai maruah. Kalau wanita itu menjadi penari di sebuah kelab, maka pemilik kelab itu kemungkinannya seorang lelaki juga! Mereka inilah yang telah memperalatkan kaum wanita itu tadi dengan segala janji manis.

Maka, apakah usahanya untuk kita kembali menyedarkan umat ini berhubung persoalan maruah?

Tidak dapat tidak.. memang kita perlu berusaha keras mengkaji, menelaah dan jujur bermuhasabah mengenai kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya daripada semasa ke semasa.

Sementara itu, Kamus Dewan menafsirkan maruah sebagai kehormatan (diri), dan harga diri. Dalam pengertian yang kedua, kamus itu juga menunjukkan pertalian hubungan maruah dengan sifat laki-laki, keberanian dan kegagahan.

Kita boleh juga menyatakan bahawa orang yang bermaruah itu adalah mereka yang berani mempertahan pendirian, tak mudah goyah prinsip perjuangan dan tidak boleh dijualbeli pendiriannya melalui tawaran wang, pangkat, kekuasaan dan wanita yang cantik.


Ni plak....



Wanita itu bagaikan cermin
Sementara itu, mir'aatun dalam bahasa Arab bermaksud cermin. Jadi, isteri bagaikan cermin di mana gambaran wajah suami terpantul dalam cermin tersebut. Atau, kita boleh juga menyebutkan bahawa kaum wanita itu bagaikan cermin yang akan memantulkan gambaran sebenar kaum lelaki dalam dirinya.

Jika cermin (wanita) itu gelap, berhabuk dan berdebu, maka kaum lelaki itulah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membasuh dan menggilapnya supaya imej gambaran dan bayangan dirinya akan kembali terang dan cerah di dalam cermin itu. Kaum wanita itu cerminan bagi diri kaum lelaki.

Kalau cermin itu retak dan pecah, maka gambaran lelaki itu sendiri akan turut menjadi cacat. Cermin yang akan cacat dan telah dirosakkan inilah yang akan menebarkan segala benih sengketa di dunia akibat kaum lelaki sudah tidak lagi ambil kisah, tidak peduli dan bersikap tidak bertanggungjawab memelihara, memuliharanya daripada semasa ke

P A N A S!!!!!

p/s: amaran awal sblm anda membaca artikel ini:
1) pastikan anda membaca smp abes bg mengelakkan sbrg kekeliruan yg terlampau
2)pastikan fkrn anda berada dlm keadaan stabil,tdk stress@dipengaruhi oleh anasir2 hasutan yg mengancam pehaman anda
3)sila bce menggunakan mata hati bukan cermin mata sahaja (bg yg pkai spek eheheh)
4)hhmmmm pe lg.. sila la bce

Perlahan-lahan, Tun Nila Utama masuk mengadap dan bersembah di hadapan Baginda Sultan selesai perguruan ilmu persilatannya. Ketika diajukan pertanyaan sama ada beliau mahu beristeri atau tidak, maka Tun Nila pun berkata, "Anak kepada sekalian dato' menteri itu bukanlah perempuan, tetapi betina semata-mata.."

Iklan

"Tun Nila! Apa bezanya antara perempuan dengan betina?" Sultan Alam Syah Bana, Raja bagi kerajaan Pura Cendana mula murka. Seumur hidupnya, barangkali baru kali ini baginda mendengarkan ungkapan biadap sebegitu yang jelas menghina kaum wanita di negerinya.

"Perempuan.. memelihara maruah," kata Tun Nila. "Tetapi betina.. menjualnya.."

Oleh kerana kejujuran mempertahan pendapatnya itu, beliau dititah keluar negeri untuk akhirnya kembali semula mempersembah seorang wanita bermaruah di hadapan baginda sultan dan pembesar negeri tersebut. Akhir daripada pencarian, Tun Nila memang berjaya membawa pulang seorang perempuan.

Kalau tidak ditafsirkan betul-betul, nanti kaum wanita marah pula. Tentu mereka tertanya-tanya, apakah bezanya antara lelaki dan jantan. Maka jawapannya tetaplah sama, iaitu lelaki memelihara maruah serta jantan itu telah menjualnya.

Jantan dan betina adalah ungkapan yang menggambarkan bahawa manusia itu bukan lagi makhluk bergelar khalifah yang seluruh kehidupannya dibungkus hias dan didandan oleh sifat-sifat kemanusiaan.

Arakian.. rupa-rupanya, sekalian bangsawan dan pembesar di negeri itu ada masalah besar dengan kaum wanita. Menteri Nikah Kahwin pun sanggup menceroboh rumah Puspawangi saat Tun Nila Utama mencari Musang Berjanggut.

"Apa hukumnya, seorang lelaki menceroboh masuk ke rumah wanita ketika ketiadaan suaminya?" tanya Puspawangi kepada Menteri Nikah Kahwin.

"Oh, itu salah besar.."

"Jadi.. kanda pun salah jugalah," balas Puspawangi.

"Eh, salah jugalah.. tapi tak apa-apa. Sebabnya, undang-undang dalam negeri ini kanda yang pegang. Itu semua boleh padam.."

Ertinya, kelelakian kaum Adam pun boleh runtuh ke taraf jantan apabila mereka telah menjual maruahnya. Sama sahaja keadaannya. Tanpa maruah, kewanitaan dan kelelakian telah tercabut daripada jiwa mereka.

Cuma.. dalam fahaman Melayu, ungkapan 'anak jantan' itu masih lagi bermaksud mulia kerana diungkap perkataan itu untuk menunjukkan darjah keperwiraan mereka untuk membela hak dan keadilan pusaka, tanahair dan maruah. Maka, dalam konteks penggunaan lafaz ini, 'anak jantan' memang memiliki konotasi yang sangat baik.

Sementara itu, kepenggunaan lafaz 'anak jantan' pada zaman purbakala juga boleh merujuk kepada keadaan tidak bermaruah jikalau 'anak jantan' itu takut merampas dan mengganggu isteri orang, membuat onar serata kampung termasuk mengintai anak dara mandi di tepi sungai. Ini semua gejala-gejala tidak bermaruah, tetapi dianggap tidak jantan jika mereka tak berani melakukannya.

Pada zaman sekarang, seseorang lelaki mungkin dianggap tidak jantan jika tidak pandai merempit, tidak menghisap rokok, berjudi, membuat tatu, memakai anting-anting, menindik hidung dan main perempuan. Walhal, ini semua adalah gejala yang bakal meruntuhkan anak bangsa. Dan, kebanyakan 'anak jantan' yang berani melakukan hal ini secara terbuka adalah anak kepada orang kenamaan, VVIP yang tidak boleh disentuh oleh polis kerana bapa mereka adalah orang terhormat.

pesanan penaja: jaP tarik nafas dalam2 sblm troskn bacaan anda cz ni bkn artikel nk provok spe2 k....just bkk mata+pkrn dgn matang... saba jgn melenting lg...

Sultan Alam Syah Bana akhirnya turut berasa malu berikutan kejadian dirinya tertangkap sebagai penceroboh dalam rumah anaknya sendiri tatkala cuba berbuat serong terhadap menantu perempuannya.

sekian dr patik...
eheheh


ni ada lg sket smbgn psl valentine.. hrp sudi luangkna mse utk bce eah...

Haram umat Islam raikan Hari Valentine : Mufti Perak

Utusan Malaysia 11 Feb 2004

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

ohohohoho wahai org2 kampung mahupun bkn kampung hehehhe

this is a very very very important reminder 4 you guys...
not just 4 today but also for day after..

aku taw korg mst da familiar dgn article yg srupa ini..
tp aku ttp still nk kongsi gakkkkk
bace lor...
huhuhhu

kenapa perlu menyambut valentine?

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..sebarkan pada semua..moga kita diberkati Allah swt.Insya-Allah


SEJARAH VALENTINE DAY
VALENTINE DAN KATOLIK


Tahukah Anda bahwa agama Katolik pernah mempunyai tiga Santo Valentine? Semuanya merupakan martir dan tercantum dalam martirologi di bawah tanggal 14 Februari. Yang pertama merupakan seorang Pastur di Roma, yang kedua merupakan Bishop dari Interamna (Terni modern), dan yang terakhir melayani masyarakat di Afrika. Tidak begitu banyak informasi maupun nilai-nilai sejarah tentang ketiga Santo Valentine ini.

Hari Santo Valentine

Lalu, bagaimana kita bisa mengenal hari Valentine? Dikatakan bahwa hari Valentine berasal dari Hari Santo Valentine. Selama Abad Pertengahan, ada kebiasaan populer yang dilakukan pada tanggal 14 Februari di mana burung-burung pada saat itu mulai berpasangan. Kebiasaan tersebut, yaitu menulis surat cinta kepada kekasih dan mengirimkan benda-benda ungkapan kasih sayang, menjadi lebih populer sekitar abad 14 dan 15 di mana kesusastraan Inggris dan Perancis mencantumkan alusion kebiasaan hari Valentine.


VALENTINE DAN KEKAISARAN ROMAWI

14 Februari adalah hari untuk menghormati Juno di masyarakat Romawi kuno. Juno adalah ratu para dewa dan dewi Romawi. Dia juga dikenal sebagai Dewi Para Perempuan dan Perkawinan. Hari berikutnya, 15 Februari, adalah festival Lupercalia.

Satu aktivitas terkenal selama festival ini adalah penarikan nama. Pada malam sebelum festival, nama-nama dari gadis-gadis Romawi ditulis pada secarik kertas dan dimasukkan ke dalam botol-botol. Para pemuda itu nantinya akan mengambil secarik kertas dan menjadi pasangan selama festival dengan gadis yang namanya terpilih. Sering pasangan antar muda-mudi tersebut berjalan selama setahun, kemudian saling jatuh cinta dan menikah pada akhirnya.


HARI SANTO VALENTINE

Romawi pernah diperintah oleh Kaisar Claudius II, kaisar kejam yang membatalkan semua pertunangan dan perkawinan di Romawi demi kebesaran kekuatan militernya. Saat itu, Santo Valentine (seorang pastor) bersama dengan Santo Marius dan para martir Kristiani lainnya menikahkan pasangan Romawi secara sembunyi-sembunyi. Ketika ketahuan, Santo Valentine dihukum secara kejam, yaitu dipukuli dengan tongkat sampai mati dan dipenggal kepalanya. Hukuman ini terjadi pada tanggal 14 Februari ketika orang-orang Romawi mempersiapkan festival Lupercalia. Jadi, untuk mengenang jasa dan pengorbanan Santo Valentine serta menghormati tradisi rakyat, para pastor Romawi menentukan tanggal 14 Februari sebagai Hari Santo Valentine.Sekarang ini, hari tersebut lebih dikenal sebagai hari Valentine

Saturday, February 7, 2009

article utk WANITA+POMPUAN+GADIS

EHEHHE cm mnarik je kn tjuk nya..
tp ni bkn hal maen2 tp kebenaran..
klu korg nk tgk kt youtube vidoe clip ny..
ni tjuk die "Little Mosque on the Prairei"
kt bwh ni plak ulasan@article sket2 psl video 2

aku nk kongsi ngan korg cz ni bkn isu lapuk
kne bkk mata bkk fkrn kte...
open minded bkn free minded cz pd aku klu free minded 2 cm dah srupa cm pegangan agama pon tpaksa di 'free' kn..
so, sory r pd sesiapa yg agk2 tersinggung..
aku just nk kongsi je pe yg aku bce@ada
nway, njoy da info yg aku attached nih..

"Little Mosque on the Prairei" mengisahkan kehidupan sekelompok muslim Kanada di sebuah bandar di pinggir kawasan Prairei yang terkenal dengan penghasilan gandum.

Episod itu bermula dengan kecederaan yang dialami seorang pengusaha kafe muslim yang terjatuh ketika bertengkar dengan seorang pelanggan di kafenya. Setelah dirawat oleh seorang doktor muslim, beliau dinasihatkan supaya banyak beriadah dengan berenang bagi menguatkan ligamen lututnya. Oh, lupa nak dinyatakan bahawa kedua-dua pengusaha kafe dan doktor itu perempuan.

Pada satu hari, kedua-dua mereka pergi ke kolam renang milik perbandaran. Alhamdulillah, bandar itu mempunyai hari khusus untuk wanita menggunakan kolam renang. Maka soal aurat tidak menjadi persoalan kerana semua pengguna kolam renang pada hari itu ialah perempuan. Bagaimanapun masalah timbul kerana instructor kolam renang itu ialah seorang 'lelaki lembut'. Maka kedua-dua wanita muslim itu membantah kehadiran instructor itu atas alasan mereka beragama Islam dan menjadi satu kesalahan di sisi Islam untuk mereka berbikini di hadapan seorang lelaki bukan muhrim. Lelaki lembut itu mendakwa dia seorang 'gay' dan tidak bernafsu melihat perempuan. Jadi dia enggan meninggalkan kolam renang itu kerana dia bertugas pada hari itu. Pengusaha kafe dan doktor muslim itu akhirnya terpaksa mengalah dan tidak jadi berenang kerana kelas renang hanya dikendalikan oleh instructor 'gay' itu.

Maka bermulalah perjuangan doktor muslim itu untuk mendesak datuk bandar - yang juga seorang wanita - untuk menyediakan instructor renang wanita. Beliau memohon pertolongan ibunya, pegawai perhubungan awam di pejabat datuk bandar untuk melobi majlis perbandaran agar memenuhi tuntutannya. Datuk bandar bukan muslim itu tidak membantah cadangan tersebut tetapi berkata majlis perbandaran tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menggaji seorang instructor renang wanita. Beliau (datuk bandar) bagaimanapun berjanji akan membawa perkara itu ke mesyuarat majlis jika doktor muslimah itu berjaya mengutip tandatangan sokongan daripada sekurang-kurang 120 wanita.

Ibu doktor muslim itu pula berhadapan dengan masalah. Jika permohonan anaknya itu diluluskan oleh mesyuarat majlis, maka harapannya untuk menyertai lawatan ke China akan terjejas. Ini kerana bajet untuk membiayai instructor renang wanita akan diambil daripada kos membiayai lawatan beliau ke China. Maksudnya, beliau tidak akan tersenarai menyertai lawatan ke China jika instruktor renang wanita digaji. Maka bermulalah usahanya untuk menggagalkan kempen pungutan tandatangan itu. Dalam salah satu slot sitcom itu, beliau cuba mempengaruhi seorang wanita bukan muslim agar tidak menurunkan tandatangan di kertas petisyen. Bagaimanapun cubaannya gagal dan wanita bukan muslim itu menurunkan tandatangan kerana menganggap idea menggaji seorang instructor wanita bagi perenang wanita adalah baik.
urm ending die klu korg nk tau kne r tgk smp abes cz klu nk citer kt cni ntah brp page pon x abes..

Pengajaran yang diperolehi dari sitcom itu adalah, bukan menjadi satu keganjilan atau kesukaran untuk mengamalkan Islam di negara-negara minoriti muslim seperti Kanada. Walaupun Barat kini diserang sindrom Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) pasca insiden 11 September 2001, masih ada di kalangan masyarakat dunia yang mampu berfikiran rasional dan mengamalkan toleransi. Sitcom "Little Mosque on the Prairie" adalah salah satu usah untuk mengikis sindrom Islamophobia itu. Memang ada pro dan kontra dengan penyiaran sitcom itu.
Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini adalah usaha mewujudkan environment yang selesa untuk wanita Islam bersosial tanpa menjejaskan pegangan syariat telah wujud di peringkat global. Di negara kita, Sukan Nisa' - acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni. Kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur. Bagaimanapun tidak semua yang melihat ini sebagai satu perkembangan sihat.

Menurut seorg prof madya di sebuah IPTA, mengapakah kerajaan negeri begitu obses dengan peraturan segregasi gender sehingga mengasingkan kaunter lelaki dan wanita di pasaraya. Mengapa tidak diwujudkan kaunter khas untuk wanita. Maksud beliau, biarlah wanita yang mahu berbaris di kaunter khas wanita berbuat demikian, manakala yang mahu terus berbaris di kaunter biasa berbuat demikian.

Menurutnya, adalah lebih praktikal untuk orang ramai khususnya wanita diberikan pilihan daripada dipaksa untuk ke barisan tertentu yang mungkin menyulitkan mereka khususnya kepada yang berkeluarga.

Beliau memberi contoh Jepun yang menyediakan gerabak keretapi khas untuk wanita dan beberapa bandar di India yang menyediakan bas khas untuk wanita. Pokoknya wanita diberi kebebasan untuk memilih - tempat khusus untuk wanita atau kaunter dan kenderaan awam yang bersifat uniseks. Mungkin cadangan ini dapat menutup mulut wanita dan lelaki gatal yang saja-saja mahu bercampur di khalayak umum tanpa sebarang alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya wanita kita bahkan wanita di seluruh dunia punyai pilihan. Maaflah ya! Ini khusus untuk wanita...HEHEHEEH
PEACE...

Yahudi guna 5F untuk hancurkan Islam

WAHAI SAHABAT2 KU YG SEAGAMA DGN KU...



Sesungguhnya bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.

Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu sembahyang atau tidak, mampu pergi haji atau sebaliknya, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah orang-orang. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.

Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam al-Quran menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, orang-orang Islam juga turut masuk neraka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad.

F pertama ialah filem

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti Akhirat, Gubra, Mukhsin, Sepet, Anak Halal, KL Menjerit dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.

F kedua ialah famili

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup beba, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

F ketiga ialah fesyen

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.

F keempat ialah fun

F kelima ialah food

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.

ni lg info dr BH ehheehhe

Satu penyelidikan baru tampil menyokong pandangan lelaki sejak zaman dulu bahawa fikiran wanita sukar dibaca dan cara mereka kekal misteri sehingga kini.

Penyelidik di Universiti Indiana menunjukkan klip video daripada 24 dating (pasangan berpacaran) berbeza dan bertanya kepada peserta lelaki dan wanita dua soalan mudah: "Adakah anda fikir lelaki (dalam video) itu berminat dengan wanita ini?" dan "Adakah anda rasa wanita itu tertarik kepada lelaki ini?"

Jawapan mereka kemudian dibandingkan dengan reaksi golongan yang membuat dating itu sendiri, menurut majalah Live Science.

Hasilnya, yang disiarkan dalam isu Januari jurnal Psychological Science, menunjukkan lelaki dan wanita boleh mengukur minat seseorang lelaki kepada wanita tetapi tertanya-tanya apabila tiba untuk memastikan jika seseorang wanita berminat kepada lelaki.

Malah, lambungan syiling hampir setepat dalam meramalkan minat romantik wanita pada satu dating. Skyler Place, yang mengetuai kajian, berkata dorongan biologi di sebalik dating - mencari teman optimum bagi promosi gen memberikan alasan kepada wanita untuk mengelak.

"Malu memaksa lelaki memperuntukkan lebih masa berbual dengan wanita, kerana mereka tidak pasti sama ada berjaya memikatnya. Lagipun, wanita memerlukan banyak masa mengumpul maklumat mengenai temannya," kata Place.

know what skang AS ckp nyesal...ahahahah

ni brite yg aku bce kt BH r...

Keputusan Kerajaan Kyrgystan untuk mengarahkan penutupan pangkalan Amerika Syarikat (AS) yang menjadi laluan penting bagi penghantaran bekalan ke Afghanistan adalah muktamad.

Pangkalan tentera AS di Manas yang digunakan tentera bersekutu untuk menyokong puluhan ribu anggota di negara jirannya, Afghanistan, dianggap penting dan reaksi AS mengenai penutupannya adalah negatif.

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menyifatkan keputusan itu sebagai 'sesuatu yang dikesali', tapi menegaskan operasi AS di rantau berkenaan akan terus berkesan, tidak kira apa yang berlaku.

angkalan di Manas, yang dikendalikan 1,000 anggota, termasuk kontinjen kecil Sepanyol dan Perancis, dibuka bagi menyokong tentera bersekutu yang bertempur bagi menjatuhkan rejim Taliban di Afghanistan selepas serangan 11 September 2001.

Penutupan pangkalan itu akan menjejaskan saluran perbekalan AS pada ketika Presiden Barack Obama sedang membuat persediaan menggandakan 36,000 anggota di negara berkenaan.

Penutupan itu diumumkan Selasa lalu, selepas Kremlin mengumumkan bantuan berjumlah AS$330 juta (RM1.15 bilion) dan pinjaman bernilai AS$2 bilion (RM7 bilion) bagi negara miskin di Asia Tengah itu. Kyrgyzstan menafikan keputusan menutup pangkalan itu ada kaitan dengan pinjaman dari Moscow.

Perdana Menteri Kyrgystan, Igor Chudanov melahirkan kekecewaan bahawa 'perjanjian yang ditandatangani selama setahun kini sudah menjadi lapan tahun'.

Sejak itu, 'dunia sudah berubah. Situasi dalaman di Afghanistan juga sudah berubah," beliau memberitahu Parlimen. "Keadaan juga sudah berubah di Kyrgyzstan."

isy3... korg banyangkan la..
perjanjian yg ptt ny setahun, cmne bley jd 8thn...
bley bayangkan x btapa US byk gne taktik kotor yg konon nya
diorg lbey bertamadun dr kita..
jumud pkrn dan gaya idup diorg nih
kte plak yg slalu ttp mata+pkk kn tlinga lg la sadis kn...

Friday, February 6, 2009

hey hey hey

hey korg..
bdk klz b4m2 mgu dpn kte ada test IM tau maybe kul 2 lbey kt LT

mgu dpn ny plak klu x slp aku ada 3 test berderet kot..
yg pasti khms ptg 2 ada Ma Com mlm plak Eco huhuhh

get ready tau..
may god bless us
best of luck!!!

zassss......iklan jap

Victoria Beckam, isteri kepada bekas ketua pasukan bola sepak England, David Beckham berazam melakukan apa saja bagi memastikan suaminya sentiasa mengingati beliau dan anak mereka, termasuk mengirim pesanan ringkas romantik kepadanya.

Sumber menyatakan bekas anggota kumpulan Spice Girl itu begitu terdesak untuk mengingatkan Beckham yang kini dipinjam kelab bola sepak AC Milan, mengenai keseronokan kehidupan yang mereka nikmati di Amerika.

Victoria mengingatkan David apa tidak diperolehinya di Milan dan kegembiraan yang mereka nikmati di Amerika setiap kali suaminya menelefon atau mengirim pesanan ringkas kepadanya.

Victoria dan David yang mempunyai tiga orang anak, Brooklyn, Romeo dan Cruz, juga mula mengundang rakan mereka untuk jamuan di rumahnya bagi menunjukkan kepada suaminya betapa hebat kehidupan sosial mereka di Amerika.

Victoria mengundang rakan untuk majlis jamuan dan kemudian menelefon David supaya mereka juga boleh bercakap dengannya.....

hmmm dgr cm bgs je kn dlm hbgn yg perlukan komitment cm2 diorg still berusaha utk wt yg terbaik. tp malang nya, remaja@psgn yg blum kwen (x terikat lg dgn komitment cm perkahwinan nih) kebanyakannya carring@konon2 carring pon aku xsure enough la kn, nk wt yg terbaek time b4 kawen je pon..pas kawen, x dah kot..klu lki, sbuk dgn ofis+kje, so mls nk amek tau sgt psl nafkah+hal rmh tga dah cz pk istri dah ada utk take care of those things. but klu yg si istri pon kje gk sme je bz cm lki die, sbuk kt ofis+kje+mls dah@xmnt sgt dah urus hal rmh tga...so last2 hire maid@evn maids...pas2 yang sadis nye, siyan kt anak2 diorg cz xknl dah parents diorg sbena spe, xpn kne culik dan maids..

hmmmm kpd those yg ada pkrn plzz think about our future wat it's going to be
think carefully in every decission u wanna make@do...
but the first thing u need really2 need to put into ur mind is wat ever we do, it must be still on the right+religion+syarak paths...

Kempen boikot produk rugikan rakyat tempatan...

pe pndpt korg psl article ni agk ny ek...
ni dr skop syrkt 2 sndri r..
cnth kt cni aku bg NESTLE..

tp pe plak dr skop pndgn+pndpt+pegangan kte sbg individu islam yg berhak bersuara@tros menikus dan ttp mata shj tnpa bertindak???

NESTLE (Malaysia) Bhd berkata, sebarang langkah memboikot barangan pengguna keluaran syarikat multinasional sepertinya tidak akan memenuhi apa-apa tujuan sebaliknya akan memberi kesan kepada penduduk tempatan.

Dalam kenyataannya semalam, syarikat itu berkata, sebagai peneraju industri makanan di Malaysia yang telah beroperasi sejak 97 tahun lalu di negara ini, ia telah bekerjasama erat dengan kerajaan, rakan perniagaan dan rakyat negara ini demi memastikan operasinya di Malaysia terus memberikan nilai kepada rakyat Malaysia.

Jelasnya, syarikat itu sentiasa berinovasi dalam pengeluaran makanan, dan bangga menjadi pengeksport barangan buatan tempatan halal ke lebih 50 pasaran antarabangsa.

Selain itu, katanya, syarikat itu bukan hanya menggajikan kira-kira 4,000 kakitangan di negara ini, malah menerusi rangkaian pengedaran bekalannya, ia turut menyediakan pekerjaan bagi masyarakat tempatan.

“Justeru, sebarang kempen memboikot barangan pengguna keluaran syarikat multinasional seperti kami adalah tidak wajar kerana ia tidak akan mencapai sebarang tujuan, sebaliknya akan memberikan kesan kepada ekonomi tempatan dan rakyat negara ini,” katanya.

Nestlé Malaysia dalam kenyataannya itu menjelaskan, ia adalah sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan 24 peratus sahamnya dimiliki pemegang saham tempatan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji.

Secara global pula, katanya, Nestlé yang berpangkalan di Switzerland menggaji lebih 30,000 kakitangan di 472 kilang di negara Islam di seluruh dunia.

“Dengan pelaburan lebih daripada CHF5.8 bilion (RM17 bilion) pada 2007, Nestlé menyumbang secara ketara terhadap kemajuan dan kesejahteraan penduduk di negara berkenaan,” katanya.

fikir2 kn la wahai sahabat2 ku sekalian...
begitu lemah ke kite sbg umat Muhammad s.a.w+hamba Allah yang beragama ISLAM untuk bgn dr kemunduran dr segala hal spt pemikiran sekali pun..
MASYAALLAH...

Gerhana bulan penumbra Isnin ini




Orang ramai di seluruh negara berpeluang menyaksikan gerhana bulan

penumbra (separa) Isnin ini selama empat jam bermula 8.39 malam (09 FEB 2009). Agensi

Angkasa Negara (Angkasa), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan gerhana itu mudah dilihat dengan

mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra Bumi semasa

fasa maksimum. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada

masa yang sama bulan melintasi bayang Bumi. Gerhana ini akan bermula dengan fasa satu

(penumbra) pada 8.39 malam waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula akan berlaku pada

10.38 malam dengan bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (fasa empat)

pada 12.38 pagi.

KORANG TAU X...





korang tau x?
hmmm klu xtau aku nk gtau nih
klu dah tau pon aku nk gtau gk harharhar...

Tarikh Hijrah akan berubah selepas jam 8 malam setiap hari. Kenapa? Takwim Hijrah memasuki hari baru selepas masuk waktu maghrib. Tarikh Hijriah ini memasuki hari baru selepas waktu maghrib (ditetapkan jam 8 malam). Tarikh Masihi di bawahnya masih kekal berubah selepas jam 12 malam.

hehehehe...
so jgn r korg terkonpius dgn sistem kiraan bln islam@hijrah lg k
sbb 2 kte takbir raya aftr usai solat mghrb after bkk pose 30 ramadhan
then smbg lg spnjg bln syawal plak huuhuhh

igt bln islam mmg xsme cm kalender moden yg kte gne slalu tuh
cz stiap bln islam ada 30 hari je, fixed
xcm yg biasa kite gne tuh (barat pnyer) kjp kang ada 28 ari,31 ari,30 ari..

tgk r btapa unik ny sistem kiraannya bln islam huuhhuuh

wallahu'alam...
peace...

Wednesday, February 4, 2009

weyh...game pe


korg lyn games pe r..
byk r game best2 skg tp aku frust gle r ada certain games 2 xda plak utk ps2
aku taw r diorg nk promote ps3 tp ptt ny aftr a few period release plak r utk ps2, kn bgs cm2 pe..
cnth ny cm devil may cry 4 r..
pnye r aku men dgn sgt tekun dr awl siri tbe2 yg ke-4 bley plak xde utk ps2..
nk g bli utk pc nyer aku gne lptp, cm xbrp best plak nk men kn..
joystick xde maka kurang feel la nk men hahaahah

eh tp kn vice city yg baru 2 pn cm mntp je aku nengok adik ku men
tp cm penin' r coz pusing sane cni nk crik clues..
dah adat game type tuh huhuhhhh

wah333....
anime best gk kn cm onimusha,naruto,bleach
katun omputih yg still bleh lyn spongebob squarepants kot
ahahah
yg kunin'2 tuh
geli ati men game tuh
release gk tensen kdg2 ble lyn game yg cm bodo tuh
hihhhhihhih

for footballers' fanz...


eh berbaloi ke KAKA 2 x grab the opportunity $$$$$$$$$ r...??
apsal r die x amek je dwet 2 then join the new club kn

tp aku tabik sket r coz die mmg berbakat pon men bola yg disepak2 nih huhuhh
ensem pon bley thn kot (hehehehe spe yg nafikan??)
gile bgs r bpk&abg die 'lecture' ke pe ntah dgn smp dkt stgh ari kn tp last2 die xnk pn dwet 2..
loyal sggh...huhhuhh

ek eleh...



hahaha...
apsal aku rse skg isu cik wiwi-kinkin a.k.a mawi-ekin cam dah suam2
(hehehe jgn mara eh spe2 yg hard fanz diorg)

dlu time nk kwen 2 cm2 citer plak kuar kn
tp tyme kwen of coz lar lg mcm2 hot stories yg kite dgr (slalu gk join kongsi citer tp kdg2 xtau btol x harharhar..)
maybe diorg tkt kne 'sound' lg kot cz asyk citer psl diorg je kuar kt tv especially kt ASTRO
sdg kn byk lg citer len yg cam best eg: siti&dtk K, norman&meymey (eeeiiii geli aku)

Tuesday, February 3, 2009

korang rse2 la



korang rse2 la kn...

kte btol2 boikot ISRAEL ke x
ek...
aku rse cm x je...
Salam...

Hye buddies....

It such a pleasant thing that U guys are willing to visit my blog

HOPEFULLY U ENJOY THE BLOG & LEAVE SOME COMMENTS AT ANYTIME

SEE YA...