Monday, April 13, 2009

al kisah di PARLIMEN..... S Y A B A S

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.





Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.

"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.

"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.

Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...

Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.

"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah. - azm_


PK LA YE...

Friday, March 6, 2009

weh...jom kite GORENG ais krimmm

ais goreng..
ais krim goreng..
pnh dgr?
pnh wat?
tau cmne nk wt?
pe bhn?
nk gne pe wat ny??

eh goreng...
ais krim kn cair klu goreng?
biar btol???
hmmmm nk tau btol ke x ais krim bleh di goreng dan sekali gus d mkn??
jom kte tgk cmne nk wat....




Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 scoop aiskrim vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan conflakes
  • 1 cawan chopped walnuts
  • minyak untuk menggoreng
  • sirap coklat secukupnya

Cara-cara

Scope Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah
  1. Aiskrimgoreng1
    Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
  2. Aiskrimgoreng2
    Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
  3. Aiskrimgoreng3
    Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
  4. Aiskrimgoreng4
    Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
  5. Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
  6. ** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.

ais krim yogurt

hai kawan2 ku sekalian..

kt cni ada 1 resipi@cara nk wat ais krim yogurt
korg bley try..
bg yg berdiet, pndai2 la korg adjust resipi+bhn ye...




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 120ml fresh cream
  • 240ml plain yogurt
  • 60g gula halus

Cara-cara

  1. Campurkan gula dan yogurt. Kacaukan.
  2. Dalam bekas lain, pukul fresh cream sehingga jadi bentuk cream- bila diceduk sedikit akan jadi bentuk tanduk.
  3. Kemudian campurkan fresh cream dengan gula dan yogurt tadi. Kacau.
  4. Bekukan dalam freezer. Bila dah hampir beku- keluarkan dan pukul sehingga gebu. Ulang sehingga 2-3 kali.

aku yg gile eskrem

aku sgt ake ais krim
dlu mak aku pnh wat ais krim milo dgn vanilla..
teramat la sodap x terkata rse nye..
sperti berada di alam kayangan gamak ny
ehehehhe
nk tau sbb pe???

sbb mak aku yg wat la..
air tgn mak aku, gerenti sedap

sme gk klu mak korg yg msk...
xkesah la pape pn..
suma jd sdp kn..
klu mkn mknn org len yg msk..
mcm2 komen kuar dr mulut kite kn
ehhehe
sememangnya xdpt dinafikan la..
pape pon mak kite is da best cooker in da world kn..

Friday, February 27, 2009

kueh kueh spe nk wat kueh...


keria KENTANG bkn gle2 kentang ahahahahah

BAHAN-BAHAN:

100 gm ubi kentang

1/2 sudu kecil marjerin

130 gm tepung gandum

150 gm gula

Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebuskan ubi kentang bersama garam sehingga empuk dan lecek ketika masih panas.

2. Kemudian gaulkan bersama marjerin dan tepung gandum sehingga sebati.

3. Ambil doh dan bentukkan bulat seperti donut.

4. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan.

5. Goreng sehingga kuning keemasan dan ketepikan.

6. Selepas itu, masakkan gula bersama sedikit air hingga cair dan pekat.

7. Kemudian masukkan semua kuih yang digoreng tadi dan gaul sehingga semua kuih disaluti air gula.

8. Angkat dan hidangkan.

cayalah...
korg bley try wat sndrik
bhn2 mmg sng dpt...
dapur gas ada kt uma korg kn..
hah try r wat eheheheh

sonang ajo...

kali nih...

kali nih aku nk citer psl msk plak eheheeh

enjoy...

bergedel DAGING


slalu kn kte mntk bergedel time mkn soto atau mknn sup r slalu nya
sdp kn? tp cmne ke nk wat sndri coz klu nk bli satu je dah brp sen@hengget da...
tp saiz nye kck je pon kn
jom tgk....

jgn tengok je, try r skali ye...

BAHAN-BAHAN:

300 gm kentang

80 gm daging kisar

1/4 sudu kecil lada sulah

1/2 sudu kecil serbuk buah pala

1/4 sudu kecil jintan putih

1/4 sudu kecil jintan manis

Setangkai daun saderi (hiris)

Garam secukup rasa

1 1/2 cawan minyak


BAHAN PENCELUP:

2 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1) Kentang direbus hingga masak. Biark sejuk dan kupas kulitnya.

Lenyek hingga halus.

2) Campurkan pula kentang, daging, bahan-bahan rempah, daun saderi dan

garam ke dalam bekas. Gaul rata.

3) Sementara itu panaskan minyak dalam kuali.

4) Bulat-bulatkan dan leperkan kentang, celup dalam telur dan goreng hingga masak.